Tuesday 13 May 2014

Warkah


Acehh poyo pulak tajuk ye.



Assalamualaikum, sahabat-sahabat seperjuangan ku. Apa yang dicoretkan di sini, peringatan untuk aku dan untuk kita bersama. 

Dah lama menyepi semua ye. Semua bawak diri masing-masing, sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang di tempat yang sama, dapatlah berjumpa selalu, yang jauh-jauh tu tak dapek la den nak nolong nya. Aku tengok sejak kebelakangan ni, ramai sahabat yang bergiat aktif dalam bidang perniagaan ye. Tak kira lah apa pun bidang perniagaan. Bagus bagus. Semangat berkobar kobar untuk memperbaiki status diri dari segala aspek. Sungguh, aku kagum. 

Aku kagum dengan jiwa anak muda yang berkobar memikirkan masa depan yang kita semua pun tak pasti apa yang akan berlaku. 

Aku kagum dengan jiwa anak muda yang sentiasa berkobar untuk bersiap sedia memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.

Aku kagum dengan jiwa anak muda yang tidak leka dengan hidupnya di masa itu, dan sentiasa memikirkan masa depan. 

Tapi, masa depan yang difikirkan tu, berapa lama tempoh masanya? Sehingga 40 tahun? 50 tahun? Atau sehingga roh berpisah dari jasad? 

Bila tengok sahabat sekalian bertungkus-lumus berniaga, belajar atau apa sahaja, aku teringat tentang konsep berniaga yang tidak akan pernah sekalipun kita rugi, dengan izinNya. Aku sendiri pun sentiasa terleka, lalai dan alpa. Disitulah datangnya peranan sahabat untuk sentiasa mengingatkan. Kawan bukan hanya untuk bergelak ketawa bukan? 

Konsep perniagaan yang aku sebutkan tadi ialah konsep berjual beli dengan Allah.

Ya, Jual Beli dengan ALLAH. Kita semua tahu janji Allah itu pasti. Janji Allah itu sentiasa benar.
Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 111.

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.”

Allah telah menyatakan di sini, baik diri mahupun harta, ganjarannya indah. Syurga. Siapa taknak syurga kan?

Jangan sempitkan pemikiran. Kita berjuang dengan apa yang kita mampu genggam dan apa yang kita mampu beri, bukan berjual beli itu hanya berperang di negara-negara saudara seIslam kita. Tidak. Apa yang kita lakukan hari ini, boleh jadi itu adalah jual beli dengan Allah. Niatkan di hati, apa yang kita lalukan itu semata-mata untuk redha Allah SWT. Salurkan usaha kita tu untuk membangunkan Islam. Peranan setiap orang berlainan. Kalau semua nak bercakap kat depan, siapa yang nak bina masjid, nak cipta senjata, nak ubatkan orang kan? So, mainkan peranan anda sebaik mungkin!

Tapi kita harus ingat, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!

So, apa yang kita buat haruslah berpandukan hukum Allah. Kalau tak ikut peraturan macam mana nak dapat redhaNya. Ye tak?

Kita umat akhir zaman, tak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada kan? So, sementara ada ruang dan peluang ni, ayuhlah kita bersama-sama, berlumba-lumba merebut peluang untuk melakukan amal dan mengumpul pahala sebagai tiket kita ke syurga.

Sebenarnya, aku rasa banyak nak tulis banyak lagi apa yg bermain di fikiran, tapi sapa lah nak baca panjang-panjang ye. Semoga semua input yang kita perolehi, walaupun sedikit, tetapi menusuk ke dalam jiwa, menjadi pula amal kita di kemudian hari. Ibarat pohon tanpa buah, begitulah kita jika tiada amal.

Aku sudahi coretan aku dengan doa semoga sahabat-sahabat dan juga diri aku sendiri, sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya. Semoga kita diberi hidayah dan terus berada di jalan yang lurus. Amin.


p/s: kalau ada rasa apa yang aku tulis tu mcm tak betul ke, tersalah ke, bagitahu tauu. Kita semua manusia, banyak salah silap, lupa sana sini.