Tuesday 10 April 2012

datang dan hilang


Mendongak ke langit. Memerhati alam sekeliling . Membuang pandangan kosong . Keadaan tampak berbeza . Semuanya bertukar serta-merta . Cepatnya keadaan berubah . Pantasnya masa berlalu . Lajunya manusia mengalami perubahan . Sedarlah , ini yang dinamakan kehidupan .

Apabila menyorot kembali rentetan hidup yang telah berlalu pergi , akan terbit rasa sayu di hati . Rasa gembira yang banyak sekali disilih gantikan dengan pelbagai rasa yang bercampur aduk menjadi satu . Sedih , kecewa , suka , duka , terharu , terkilan , rawan dan segalanya . Unik sungguh punya rasa ini semua . Semuanya berkumpul dalam membentuk rasa . Menyedarkan yang kita hanyalah manusia biasa yang kerdil dari pandangan-Nya .

Dari bangku sekolah kita punya rakan-rakan seangkatan . Apabila memasuki sekolah menengah rakan-rakan lain pulak kita temui . Apabila tamat sekolah rasa seperti hilang rakan-rakan apabila memasuki alam Universiti . Di Universiti kembangan rakan-rakan itu lebih meluas . Pelbagai rakan segenap inci negeri ditemui. Tak kurang juga yang mencari buah hati di sini . Dan fasa kehidupan diteruskan apabila memasuki alam kerjaya.  Sekali lagi kita dihadapkan dengan manusia-manusia yang baru . Dan pada klimaksnya berda di alam perkahwinan.

Selama kita melalui hidup seperti yang dinyatakan sudah berapa ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita ? Mesti ramai bukan ? Dalam ramai-ramai akan muncul seorang dua yang masih setia menemani hari-hari yang layak digelar sebagai sahabat sejati . Sahabat sejati itu akan ada walaupun tidak sentiasa hadir di mata . Mereka pasti ada di saat kita perlukan mereka .

Kadang-kadang ada yang bersedih memikirkan hal ini . Tak perlu bersedih . Terimalah aturan Allah ini dengan tenang sekali . Setiap orang punya kehidupan yang telah direncanakan Allah untuknya . Bergantung bagaimana pengendalian dalam usaha untuk teruskan hidup .

Tidak perlu bersedih andai mereka hilang ataupun lari dari hidup anda . Belajarlah terima hakikat yang di mana inilah kehidupan . Belajar jangan mengongkong kehidupan orang lain . Manusia punya hak dan keputusan untuk lakukan apa sahaja yang terbaik dalam hidupnya . Begitu juga kita bukan ? Makanya itulah keadilan yang Allah sudah berikan pada kita .

Manusia akan terus datang dan pergi dalam hidup kita . Kita juga akan terus datang dan pergi dalam hidup orang lain. Apa yang perlu kita sematkan di hati dan fikiran ialah berbaik dan berbaktilah dengan semua orang tanpa mengharapkan sebarang balasan . Ada hikmah di setiap pemergiaan manusia yang pernah hadir dan pergi dalam hidup kita . InsyaAllah satu nanti hari kita akan temui hikmahnya .

Ingat , andai semuanya pergi dalam hidup kita , sekurang-kurangnya kita masih punya diri sendiri yang sentiasa akan terus bersama sehingga akhir hayat . Senyum lah . Yakin bahawa Allah menetapkan segala kejadian dengan hikmahnya yang tersendiri .


























FOUR YEARS AGO , WE COULDN'T WAIT TO GET OLDER .
THREE YEARS AGO , WE STEPPED INTO HIGH SCHOOL BELIEVING THAT WE OWNED THE PLACE .
TWO YEARS AGO , WE REALIZED WHO OUR TRUE FRIENDS WERE CHERISHED THE TIMES WE SPENT WITH THEM .
ONE YEAR AGO , WE TOOK OUR TIME TOGETHER FOR GRANTED , HONEYMOON YEAR TO BE EXACT .
NOW , WE FINALLY REALIZED THAT WE COULD HAVE WAITED TO GET OLDER .
IN ONE YEAR , WE WILL RETURN AS DIFFERENT PEOPLE .
WE WILL REMEMBER THE PAST TIMES AND LOOK FONDLY AT THE MEMORIES .
FOUR YEARS BROUGHT CHANGE .
FRIENDSHIP HELD US STRONG WHEN THINGS WERE SHAKY ,
IN GOOD TIMES AND BAD , 
IN LAUGHTER AND TEARS , 
THROUGH BOYFRIENDS AND GIRLFRIENDS ,
BAD GRADES , FAMILY PROBLEMS AND LOVE .
OUR FRIENDS SHOWED THE LIFE WAS WORTH ENJOYING .
WITH THEM WE WANTED TO GROW UP SO QUICKLY .
NOW , THEY ARE THE ONLY ONES WITH WHOM WE WILL REMAIN FOREVER YOUNG .
THERE ARE SOMETHING THAT WE NEVER WANT TO LET GO OFF .
PEOPLE TAHT WE NEVER WANT TO LEAVE BEHIND .
BUT KEEP IN MIND THAT LETTING GO THAT ISN'T THE END OF THE WORLD .
IT IS THE BEGINNING OF A NEW LIFE .












Tuesday 3 April 2012

The beginning

Hai Siblings .Tahniah diucapkan kepada semua Elementers atas kejayaan dalam SPM . Puas rasa hati bila 21 Mac 2012 dah berlalu . Fuhh , macam menunggu tarikh perbicaraan mahkamah beb tunggu hari tu tiba . Sebelum hari tu tiba , punyalah semua berkobar-kobar dengan semangat Batch . Ni lah Elementers , memang supportive habis . 


Comelkan semua DP Facebook sama . 


Kepada semua yang berjaya , tahniah diucapkan . Kepada yang kurang berjaya , anda belum gagal lagi lah . Chill okay . Perjalanan masih jauh . SPM ni kira the beginning of a journey into the new world . Cehwahh , speaking . Well , kata kelahiran SM Sains Johor . Mestilah cam gerek sikit kan . HAHA . Okay nak cakap , yang paling buat hari result tu lagi gempak tu , Elementers masuk surat khabar lahh beb . 


See ? Tagline surat khabar tu . " SMSJ SEKOLAH TERBAIK DAERAH " . Perggh . Memang best lah kan . Elementers melahirkan 38 orang Perfect Score dengan 4 orang straight A+ . Kedudukan dalam negeri Johor ialah kedua . Manakala bagi kedudukan dalam SBP ialah ke-18 tak silap . Peratusan meningkat kepada 28% ++ . 






Congratulations to straight A+ s'. Shahera , Sarah , Vivian and Aflah .


Once again , kejayaan bukan sekadar di sini sahaja , perjalanan kita baru sahaja bermula . Teruskan usaha anda . Go go Elementers .