Monday 28 May 2012

Semoga bertemu lagi .







Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi .


Perpisahan itu akan selalu ada, kerana kita pernah berjumpa, bersama, dalam canda tawa dan bahagia. Setiap titis airmata yang tertumpah di hari ini, akan menjadi saksi atas jalinan ukhuwah yang selama ini kita simpul seerat-eratnya.

Tak ada kata yang pantas terucap sahabat….. hanya derai bening yang selalu bertaburan, mengucap selamat jalan, silakan lanjutkan perjuanganmu ke arah yang lain, ditempat yang baru, yang akan menjadi jarak pertemuan kita.

Hari ini, jiwa dan naluri kita kembali terluka atas perpisahan raga. Namun percayalah sahabat….. hati kita akan selalu terikat. Jalinan ukhuwahnya akan semakin erat, semakin jauh ragamu melangkah, semakin hatimu mendekat.

Tidak usah terlalu bersedih, sahabat….. berbahagialah, karena engkau akan menemukan suasana yang baru, bukan disini lagi, tapi disana. Cukuplah setiap kenangan yang telah kita tanam, akan menjadi kenangan yang tumbuh subur, menyemaikan benih-benih cita diantara kita. Karena kita tak harus disini, kita tak harus selalu bersama, kita harus melanjutkan langkah ini, mungkin ke tempat yang lain, yang siap untuk kita tapaki.

Perkuat langkahmu sahabat….. yakinkan diri dan hatimu, hari esok pasti lebih cerah, hari esok adalah harapan yang harus diraih. Pandang senyumannya yang lebar, tatap wajahnya yang ceria, hari esok adalah bahagia. Yakinlah sahabat, cinta dan cita kita selalu bersatu. Kita akan bersatu selamanya, dalam cahaya persahabatan ini.

Sahabat….. segala rindu yang akan muncul, segala nafas yang akan berhembus, segala harapan yang akan kita raih, segala langkah yang akan kita ayunkan, yakinlah disana ada sukses. Di sana ada keberkahan, dan di sana pasti ada cinta.

Sahabat….. biarkan aliran airmata ini jatuh sesukanya, biarkan dia mengalir, mengucap kata seindah-indahnya. Biarkan dia, kerana airmata tak berarti sedih, airmata tak berarti duka, airmata adalah juga lambang bahagianya hati. Biarkan dia menemani kita di hari ini. Biarkan…..Kerana dia memang hadir untuk ini, untuk sebuah perpisahan..


Jangan bencikan sebuah perpisahan . Kerana , tanpa pertemuan , tidak akan lahirnya perpisahan . Maka , sebuah perpisahan membawa makna sebuah pertemuan . 




Sunday 27 May 2012

Asasi Pintar UKM

Assalamualaikum :)


The Three Musketeers (Amin,Aflah,Mior Farhan) ni la Elementers yg masuk PINTAR





Post ni dibuat as Asasi PINTAR ni baru lagi n ramai yg tak tau ape ni.


1st of all kita tengok syarat minimum Asasi PINTAR ni.
One MUST achieved at least 6 A's in SPM for these subjects:


  • BM
  • English
  • Bio/Physics
  • Chemistry
  • Math
  • Add Math
Tengok dkt syarat minimum pon da boleh tau kn yg program ni just accept excellent students. So, kalau nk kenalah buat yg trbaik mase SPM n pastikn program ni 1st choice korang la. And according to those Elementers yg masuk Asasi PINTAR ni, starting next year akn ada test before masuk. Qualification test la. Bak kata Amin (one of those yg masuk PINTAR) test dia lebih kurang test Khazanah. Ada 15 sections, 300 soalan, masa 2 jam setengah.

And PINTAR ni just accept 100 students je dari beberapa ratus (ke ribu??) yg apply. Tp yg daftar dlm 60% je as ramai yg dpt scholarship utk study oversea (bdk2 PINTAR la katakn) and akn brkurang as makin ramai yg akn dpt offer scholarship. Mase asasi ni pon ada peluang nk pegi oversea. Contoh, Aflah dpt pegi US as dia menang essay writing. Pegi sane buat research pasal epidermatology for 3 weeks. Ni UKM support full.

Dlm program ni students akn study subjek2 sains n also first year degree punye subjek. So, time degree nanti bole kurangkn mase pengajian. Dlm kelas juz ada 15 org je n setiap students ada 1 mentor. Syarat nk lulus asasi ni is 3.00. Kalo below than that kene ulang lg 1 tahun.

Tu je yg dpt dikongsi setakat ni.


by: Hifni 

Friday 18 May 2012

Siapa saya semalam, hari ini dan seterusnya.


Siapa saya semalam, hari ini dan seterusnya...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.. Tiba-tiba, penulis rasa terpanggil pula untuk mencoretkan sedikit kisah hidup penulis kepada para pembaca. Entahlah, mungkin apa-apa yang ingin penulis coretkan ini tidaklah sehebat ataupun semasyhur bait-bait penulisan yang sebelumnya. Namun cukuplah penulis katakan yang tulisan penulis untuk kali ini lebih kepada pengajaran dan iktibar yang harus diambil oleh semua orang yang membaca.

Penulis memulakan hidup di Sekolah Menengah Sains Johor dalam keadaan yang naif. Serba-serbi penulis tidak tahu tentang kehidupan di asrama. Namun, penulis tabahkan hati jua untuk terus berada di sini. Ramai rakan seangkatan penulis yang telah pergi meninggalkan perjuangan mereka ketika minggu orientasi para pelajar Tingkatan 1. Penulis juga turut merasakan peritnya berjauhan dengan keluarga serta payahnya menguruskan kehidupan sendiri. Namun, demi cita-cita, penulis terus memahat azam penulis sedalam mungkin ke dalam pamah sekolah yang tercinta ini.

Penulis memulakan status penulis di sini sebagai seorang juara. Penulis berada di kedudukan sepuluh terbaik dalam ujian kurikulum 1 semasa di tingkatan 1 dan mendapat tempat ke-2 dalam kelas penulis ketika itu.Sedikit demi sedikit perasaan bangga diri, takbur dan meninggi diri mula berakar dalam diri penulis. Penulis mula mengasingkan diri daripada rakan-rakan yang lain kerana penulis merasakan penulis tidak perlukan mereka untuk berjaya. Kebanyakan masa penulis dihabiskan di kelas dan menelaah pelajaran dengan tekun sekali. Sepanjang peperiksaan di Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 2, penulis tidak pernah dapat kurang daripada 6A daripada 8 subjek peperiksaan yang ditempuh. Penulis juga mula berasa diri penulis perlu dihormati dan dipandang tinggi oleh semua rakan yang lain kerana penulis merupakan pelajar lelaki ke-2 terpandai dalam tingkatan. Dan pernah sekali penulis mengalahkan saingan terkuat penulis ketika satu ujian kurikulum di Tingkatan 2. Penulis mendapat tempat ke-3 dalam tingkatan ketika itu dan pelajar lelaki pertama di belakang dua lagi pelajar perempuan. Lagilah menebal sikap bangga diri penulis. Penulis mula lupa asal-usul dan tujuan sebenar penulis ketika mula-mula melangkah ke gerbang sekolah ini dahulu. Sedikit demi sedikit penulis mula mengurangkan rasa hormat penulis kepada rakan-rakan yang lain dan sedikit demi sedikit juga penulis menjauhkan diri daripada agama.

Ketika di Tingkatan 3, prestasi penulis sedikit goyah. Beberapa pelajar sudah mula memintas penulis. Namun, sikap tidak suka didahului penulis dahulu sudah mula sirna. Mungkin sudah hendak PMR, itu pasallah ramai yang dah mula fokus. Hanya itu sahaja jawapan yang mampu penulis sediakan untuk menjawab keraguan penulis yang sudah mula bersarang. Penulis pernah diuji dengan mendapat gred C dalam Matematik ketika ujian percubaan PMR SBP dan satu-satunya pelajar yang mendapat gred selain daripada A bagi subjek tersebut dalam kelas penulis. Penulis langsung tidak buka mata, buka hati, buka fikiran. Malah, penulis sudah mula menyalahkan tuhan kerana 'menggoyahkan' semangat penulis.Astaghfirullahalazim..jahilnya penulis ketika itu. Namun, tuhan masih sudi membuka tirai harapan- Nya kepada penulis.

Penulis tetap dikurniakan 8A dalam PMR. Namun, ketika mengambil slip PMR ketika itu, penulis rasa kosong. Penulis mula memerhatikan sekeliling. Hampir semua daripada rakan-rakan penulis turut mensyukuri nikmat 8A mereka. Ya, pencapaian mereka ketika itu sama sahaja seperti penulis. Jadi, di manakah letaknya sekarang kemasyhuran dan hormat penulis?? Penulis dapa 8A dan begitu juga mereka. Penulis mula sangsi dengan pegangan hidup membangga diri penulis selama ini. Ada sesuatu yang benar-benar telah mengetuk pintu ego penulis ketika itu.

Semasa di Tingkatan 4, penulis mula hilang fokus dan panduan. Penulis secara total mengabaikan prestasi akademik penulis. Penulis mula girang dan hilang tenggelam dalam arus dunia bukan akademik yang penulis rasakan benar-benar sesuai dengan diri penulis. Penulis jarang berada dalam kelas sebaliknya lebih banyak masa penulis dihabiskan untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar kelas. Penulis langsung tidak berasa risau dengan kebangkitan rakan-rakan yang lain. Penulis sekadar melegakan hati penulis sendiri dengan berulang kali mengatakan bahawa tidak mengapa untuk sekali-sekala berada di bawah. Tapi, bukan sekali, dua kali atau tiga kali, namun berkali-kali penulis terus dikambus di bawah. Penulis sudah sesak dan tidak mampu memapah diri penulis sendiri. Penulis fikir ketika berada di Tingkatan 5 nanti penulis mampu untuk bangkit semula.Namun, seinci pun penulis tidak mampu menongkat diri penulis. Penulis terus tenggelam dengan sikap bongkak, keras kepala dan bangga diri. Nasihat para guru juga penulis main-mainkan.

Pada hari keputusan SPM dikeluarkan, sebaik sahaja menatap keputusan penulis, dunia penulis gelap. Penulis membuang pandang kepada keluarga penulis terutamanya ibu dan ayah penulis. Penulis tergamam. Ya Allah, apa yang penulis sudah buat....??? Segala sikap tamak, iri hati, hasad dengki dan pelbagai lagi sikap negatif yang selama ini mengapungkan diri penulis dalam dunia khayalan penulis sendiri kini hilang dalam sesal yang penulis sendiri tidak tahu betapa mana besarnya. Penulis cuba untuk reda dan mengikhlaskan diri penulis, namun penulis masih tidak mampu memaafkan diri penulis. Mungkin ini adalah hanya peringatan kecil daripada yang berkuasa kepada diri penulis..

Kasih sayang-Nya sangatlah luas. Dia masih sudi merencanakan yang terbaik untuk penulis yang suatu ketika pernah lupa dan sengaja mengeluarkan diri penulis daripada landasan-Nya. Dia masih memberi peluang kepada penulis untuk mengecapi nikmat-Nya. Terima kasih tuhan kerana masih sudi bersama dalam saat-saat kehidupan yang getir ini.

Tulisan ini bukanlah ingin mendapatkan publisiti murahan mahupun bersifat picisan, namun biarlah para pembaca dan penulis dapat belajar sesuatu daripada penulisan penulis kali ini. Walau sehebat mana pun kita, jika kita lalai sedikitpun kepada-Nya, sakitnya kesulitan yang diberikan-Nya tidak dapat diungkapkan denga kata-kata. Penulis rasa bersyukur kerana telah dipilih untuk merasai rencah kehidupan yang tidak semua orang dapat rasai.

Namun, percayalah, rencah kehidupan ini tidak usahlah untuk yng lain-lain untuk turut mencicipnya walau sedikit. Sulit dan getirnya tidak terperi. Pesan penulis untuk para pembaca dan diri penulis sendiri, sentiasalah merendah diri walaupun dengan diri sendiri. Akan tiba suatu saat nanti dengan izin-Nya, akan digantikan sifat bangga diri dan menunjuk-nunjuk itu dengan sifat khilaf dan kebodohan yang mungkin tidak kita sedari, namun orang yang berada di sekitar kita akan melihatnya dalam diri kita sendiri. Rendahkanlah hati, bukakanlah fikiran untuk menerima teguran dan yang penting sudi-sudikanlah untuk menadah tangan berdoa kepada-Nya agar sifat tawaduk dan taqwa menebal dalam rimbun hati kita.

Amin ya rabbal alamin..........

Saturday 12 May 2012

Element 5 , Our journey begins here


Bila buka mercu dan selak bahagian batch kita, itulah yang kita akan nampak. “Element 5, our journey begins here”. Ditulis besar dan kreatif, ia cukup memberi makna buat saya. Siapa punya ayat agaknye?        Pandai betul buat ayat yang kreatif dan bermakna. Ya, kita dah tamat zaman sekolah dan akan menuju dunia yang mencabar.

Hakikatnya, kita dah besar! Dah nak masuk dunia universiti dan tertiary education yang sewaktu dengannya. Itulah maksudnya ‘our journey begins here’-at least for me yang mana kita akan mulakan satu perjalanan yang semestinya berbeza antara satu sama lain. Betul tak? Dah tak ada rutin harian yang sama lagi untuk semua orang macam kat SMSJ. Dulu, yang ada cuma asrama DSB kelas padang surau, tu je. Sekarang kita ada whole world to explore. Maknanya perjalanan tu mesti jd lagi berliku, tapi juga bermakna.

To talk about future, it often define as unsure but exciting. Saya pun rasa macam tu. Semua orang nak berjaya dalam hidup dan nak jadi kaya. Begitu juga nak jadi orang beriman dan nak masuk syurga di akhirat nt.

Years before us, it happened annually and its now our turn to set sail. Semua orang set sail sama2 dengan impian yang sama. But what happened later seems different. The number of success people and leading personality seem just “a bit more than a few”.  Mana yang lain? Kenapa mereka x berjaya, padahal mereka pun ada impian yang sama macam orang yang berjaya masa mereka set sail sama2 dulu. Tapi kebanyakan mereka GAGAL. Yang sedihnya, majoriti yang gagal tu BANGSA “M” sendiri. Huhu..



-anggap la yang berkibar-kibar tu bendera Malaysia. MALAYSIA BOLEH! Haha..


Saya pernah dga senior sc johor kne tendang dr uitm seawal first exam-first exam kot! Pastu ade jgk yg keje mcD je even dulu kat skola top students(klu x silap la).
Saya percaya ada contoh lain, u urself state them.

Sebab sy syg kat kawan kawan, sy xnk ia berlaku kat kita. Failure is so hard to aaccept. The pain inside is unbearable, but it not means like the end of the world. But still, if we can avoid it n do better, why choose failure? In order to promote positive thinking, I better focus on the one who “berjaya dalam pelayaran dy” than the one who fail. We always look for majority-lg2 tgh PRU13 ni kan? Eceh. But in this case, lets observe more to the one who r “a bit more than a few”.

Tp masalahnye sy rse dah panjang sgt bebel nie. Nt kawan-kawan bosan pulak nk bce. Jd untuk mengelakkan rse bosan tahap melampau, sy akn sambung dlm entry yang  seterusnya lah ye. JANGAN MARAH! Haha..

Pssst-this is just beginning, match with the header above “OUR JOURNEY ‘BEGINS’ HERE”. I just wanna give rough draft about very serious matters that I want to tell later. JANGAN MALAS, BCE NEXT ENTRY SY! Haha.


:: Aflah

 

Friday 11 May 2012

Ini Kisah Kami...kelas 5 Sains 1


Berkerut-kerut dahinya sehinggakan hampir-hampir sahaja kedua-dua keningnya bercantum. Hatinya gundah serentak itu peluh dingin mula membasahi roman muka. Eh, takkanlah tak cukup. Sudah berulang-ulang kali dia membilang buku latihan Biologi di hadapannya itu. Dua puluh dua, dua puluh tiga, dua puluh empat...dan eh, yang ke dua puluh lima mana? Ah, sudah. Mana lagi selebihnya ? Siapa lagi yang masih belum hantar buku latihan ini ? Kedua-dua belah anak matanya mula bergerak ke bahagian kanan dan ke atas ruang mata tanda dia cuba mengingat kembali setiap seorang ahli kelasnya.

Asyraf sudah, Rahmat sudah, Najmi sudah, Naufal yang paling liat sekali pun sudah. Siapa lagi ya ? Banyak persoalan yang bersilih ganti dalam benak fikiran. Sesekali dia membetulkan kedudukan cermin mata bingkai biru yang terletak pada batang hidungnya. Jangan dibuat gila dengan Cikgu Susanti. Minggu lepas sahaja, 11 orang diarahkan untuk berlari mengelilingi blok bangunan makmal sebanyak tiga kali gara-gara terlewat menghantar buku latihan kepadanya. Dia pula, habis diharuk kerana gagal mengumpulkan buku-buku latihan tersebut. Hmm, hari ini apa pula ya ?

Jantungnya berdegup kencang sekencang rasa cuaknya pada ketika ini. Dia mula rasa mual. Mual dengan sikap sambalewa segelintir rakan sekelasnya. Awal-awal lagi dia sudah angkat bendera putih tanda menolak jawatan ketua kelas 5 Sains 1. Bukan apa, dia tahu bukan senang ingin menjadi seorang ketua. Pelbagai perkara harus digalas pada pundak. Amanah cikgu, ragam rakan sekelas, kebajikan kelas dan pelbagai hal lagilah. Pendek kata, menerima jawatan ketua kelas ini umpama satu mimpi ngeri buat dirinya.

“ Baiklah, kamu semua boleh duduk”, Cikgu Susanti bernada santai selepas usai bacaan doa memulakan pelajaran. Hari ini dia kelihatan sedikit teduh. Mungkin dek padanan rona tudung merah jambu serta baju kurungnya yang sedondon ditambah lagi dengan kerongsang perak berjurai yang kemas dipinkan di bahagian bawah tudungnnya.

Hari ini pun dia sedikit mencolekkan gincu berwarna pastel dan ada sedikit olahan warna merah pudar pada bibirnya. Ainuddin yang sedari tadi berdetak-detuk menunggu giliran untuk Cikgu Susanti mengeluarkan arahan kepadanya untuk menghantar buku-buku latihan seisi kelas sedikit berlapang hati. Hari ini topik baru. Topik berkaitan sistem perkumuhan manusia. Kebiasaannya, cikgu tidak akan meminta untuk menghantar apa-apa sekiranya ada topik baru yang ingin diajar pada hari tersebut. Memang bertuahlah dia. Tak perlu berpening kepala memikir alasan pelbagai.

Seisi kelas senyap sahaja. Mungkin ada yang masih terpisat-pisat dengan formula Matematik Tambahan baru yang diajarkan oleh Puan Norizah sebelum kelas ini. Raauf yang duduk di bahagian hadapan sudah tersengguk-sengguk. Zulhilmi juga begitu. Kelas yang berlangsung di makmal Biologi 2 pada pagi ini sedikit dingin. Malam semalam bumi Sains Johor dilimpahi rahmat Tuhan dengan hujan. Atmosfera dingin malam semalam masih kemas membaluti persekitaran pagi ini.

Kelas tamat. Jam tepat menunjukkan pukul 10.40 pagi. Murid-murid berpusu-puse ke dewan makan. Hari ini hari Jumaat dan bermakna ada kudapan yang disediakan di dewan makan pada waktu rehat ini. Bagi yang ingin berbelanja sedikit, berpesonglah mereka ke kantin sekolah. Ada juga beberapa pelajar yang menggunakan masa ini untuk tidur sebentar sekadar ingin melepaskan lelah hidup sebagai warga asrama.

Hanya bunyi rinyutan kipas serta cakap-cakap pelajar yang separa berbisik sahaja yang kedengaran dalam kelas 5 Sains 1. Afham telah lama lena di atas meja belajarnya. Kepalanya cermat diletakkan di atas kedua-dua belah lengannya yang dirapatkan. Azizul, Rahmat dan Awis pula sibuk meratah beberapa ketul karipap yang dibeli semenjak pagi tadi di kantin sekolah. Kelas lengang. Ramai yang keluar rehat. Setelah hampir lima minit lagi kelas seterusnya akan bermula, barulah sedikit demi sedikit kelas mula dipenuhi oleh warga kelas masing-masing.

“ Stand up, class. Good Morning, teacher “ , sapaan Ainuddin kepada guru bahasa Inggeris, Puan Rafidah yang juga guru kelas 5 Sains 1 dituruti oleh rakan-rakan yang lain. Selepas sahaja mendapat kebenaran duduk, semua gesit mengeluarkan buku latihan bahasa Inggeris 'SCORE A IN ENGLISH' di atas meja. Satu-persatu pelajar bergerak ke arah teacher sambil menjnjit buku latihan tersebut. Sudah berbulan-bulan mereka dikerah untuk melengkapkan buku latihan tersebut. Memang letih. Biasalah, saat-saat hendak menduduki peperiksaan SPM memang agak memenatkan.

Lepas seorang, seorang pula merasa cubitan oleh teacher. Haha, biasalah. Apa lagi penyebabnya kalau belum disiapkan latihan tersebut. Firdauslah yang menjerit kuat sekali kerana dia betul-betul diketil pada bahagian pinggangnya. Azizul yang gemar berseloroh pun apa lagi, galaklah dia menggalakkan teacher meruncingkan cubitannya. Seisi kelas tergelak besar. Tepat pukul 12.05 tengahari, kelas bersurai.

' Adik-adik Form 1 sekalian, aku tau nanti kat masjid korang catat apa-apa yang khatib cakap waktu khutbah Jumaat nanti. Balik nanti, aku tahu korang kumpulkan and letak kat dorm BADAR ea', sayup-sayup sahaja kedengaran suara Awis di dalam bas yang menempatkan puluhan pelajar Muslim untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Toleh ke bahagian buritan bas, terdapat segelintir pelajar senior yang galak bergelak ketawa bergurau dengan adik-adik. Kemesraan yang ada ini umpama telah diikat kukuh dalam kalangan setiap pelajar.

bersambung.......

Interview MARA 2012



Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Sori sangat-sangat sebab  ELEMENT 5 , OUR JOURNEY BEGINS HERE  terpaksa postpone , sebab nak cerita pasal interview . Huhu . MAAFKAN SAYA.

Hari ni saya dan a few batchmates pergi interview MARA !

“ cecite cecite… ! ”

Kawan-kawan yang berminat mesti cakap macamtu kan ? So this is my experience tadi di IKM JB panel 3 , 9.00 pagi . Disebabkan rumah saya ni dekat , kat senai je , so saya datang lah awal. Punya lah semangat , arrived pukul 8.00 pagi . Pada 8.30 pagi kitorang daftar dan duduk menunggu kat tingkat 2 . Semua orang sangat peramah dan want to know each other fast. Ye lah , kan penting utk interview nanti. Jadi kami pun buat ice breaking , urusetia MARA tu tak marah pun, jangan malu-malu organise je sendiri . We then introduce each other :

We consist of 7, yup ,  sorg lagi tak datang , sakit perut agknye, haha. Mereka bernama Syahira, Aisyah, Amira, Syafiqah, Reen dan saya Aflah . Semua orang mohon untuk medic, SUKA! n I was the only gentleman . Never imagined 1+6, slalu 1+4 je , faham ? hehe .

Masuk bilik untuk panel 3. Bilik dia macam classroom Sains Sultan Iskandar, Mersing. 8 meja disusun berdepan four by four dan grouped. Macam formation masa primary dulu tuuu. Kami duduk dan terus mula.

Task given about medicine :

You are the only doctor on call. Two patient that badly injured arrived. One is a 20 years old young man, sole breadwinner in his family, has an outstanding result in study. The another one is a 60 year old successful businessman and had contribute much to the country. You must choose which one to save first. 

We divide ourselves into two groups-4(20y.o.) vs 3(60y.o.). 5 min discuss n the debate begun .The main point here is everyone is right but they want to test your ‘speaking’. Just try and do your best. Don’t too harsh on others, just make a good stand on yourself. This is not a real debate. Jangan nak show off sangat lah kan. Hewhew.

Then they asked personal question. Jawab je sesuka hati dengan point yang dahsyat-dahsyat . Haha. But remember, English ! Tapi kalau dah jammed sangat, minta je izin nak cakap Bahasa Melayu . Takpe , diorang baik-baik sahaja. Lagi sekali ye kawan kawan, diorang baik-baik sahaja.


I got this ,

 “You have a 20 years old sick brother that has only 10% left chance to live. Then there is also a 7-year-old-boy who need a heart donation. Would u give ur brother’s heart to the boy?”  

Saya tak setuju, mana boleh ambil nyawa orang sesuka hati. Kan kan kan? Isy tak patut tak  patut . Ingat dah habis, kena tembak lagi satu, ;

“what if we have 4 patients that need organ donation which is heart, eyes, kidney and liver, would you change your mind?” still, I objected.

Then, Reen kena soal,

“ the old man suffer braindead condition, would you do utermination if his family asked to?”

Hurm puan, mak saya tak pernah ajar pon utermination. Ejaan pun saya tak tahu btol ke salah. Apa tu ??  Serius weyh , sume orang tak pernah dengar . Reen si budak STK terhebat kluang pun tak tahu , Hehe. Then dia rephrase jadi mercy killing. Phew, nasib baik ade seorang yangg tahu . Saya lah tu, hehe.


Soalan lain mcm , 

“what you think is the purpose of this exercice?” 

“what was your point again in the team?” 


Then end of session. Just like that. So just set your mind to grab whatever chance appear. At that time, it is a now or never situation. Got it?

Then semua boleh balik . Saya ambil no fon shahira je sebab dia pon akan pergi asasi pintar di UKM nant . Haaaa , got you ! Jangan nak buruk-buruk  sangka sangat lah kan. Haha.



So I concluded that :

1) Be urself, don’t pretend you are the greatest among others and dominate the group. ITS ANNOYING! 

2) Find good points. Its not good to speak out loud without precious ideas. Tu namanya tin kosong 


3) Have a good English. So if you still not good enough, practice now. Bla bla bla, practice je depan cermin 


4) 5 things needed. FORMAL ATTIRE, PEN, PAPER, VOICE and ‘BRAIN’. Slip tu mse daftar je gne. 


5) Be confident and optimistic. If you down, its done!


6) Always smile, make friends. If they like you, it will be easier. You can cooperate better.



#a friend call me  during the interview. Kuat gila bunyi macam guruh time nak hujan *okay yang ni tipu , sekadar hiperbola . Terus kena sound dgn panel .  I switched it off immediately and say sorry. Bila call balik kawan tu, dia cakap ,

 “eh, mne ada aku call , tertekan kot”. 

Moral, matikan phone or silent bila interview. Takut bad impression nanti .Okay , that's all for today . Terima kasih semua dan,,,,maafkan saya ^_^

: Aflah


Thursday 10 May 2012

Friendship





FRIENDSHIP IS A PRICELESS GIFT
THAT CANNOT BE BOUGHT OR SOLD 
BUT ITS VALUE IS FAR GREATER 
THAN THE MOUNTAIN MADE OF GOLD 
FOR GOLD IS COLD & LIFELESS 
IT CAN NEITHER SEE NOR HEAR 
& IN THE TIME OF TROUBLE 
IT IS POWER LESS TO CHEER 
IT HAS NO EARS TO LISTEN 
NOR HEART TO UNDERSTAND 
IT CANNOT BRING YOU COMFORT 
OR REACH OUT A HELPING HAND 
SO WHEN YOU ASK 
GOD FOR A GIFT 
BE THANKFUL IF HE SENDS 
NOT DIAMONDS , PEARLS OR RICHES 
BUT THE LOVE OF REAL TRUE FRIENDS . 


Mungkin hari ini , ada masanya untuk kita berbicara bersama-sama . Mungkin hari ini masih ada masa untuk kita ketawa beramai-ramai . Mungkin hari ini ada lagi kesempatan untuk kita melihat diri masing-masing . Segalanya mungkin .

Di mana ada kesempatan , raihlah agar suatu hari nanti , kita tidak akan menyesalinya . Di mana ada kelapangan , penuhilah ianya agar suatu masa nanti kita tidak kehausan . Nikmat adanya sahabat jauh lebih indah berbanding nikmat adanya kekasih hati . Kerana hidup keseorangan tanpa kekasih boleh ditemani dengan adanya sahabat-sahabat . Tetapi hidup kesepian tanpa sahabat-sahabat , tidak boleh diisi hanya dengan kehadiran seorang kekasih .

Hargailah setiap detik di mana sahabat kita berada di sisi . Semoga ikatan ini kekal selamanya .

Wednesday 9 May 2012

Jom Tulis


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Hai semua !

Saya tiada apa nak dibuat , maklumlah dah habis sekolah dan kerja pula menanam anggur di rumah , pastilah bosan. Haha.

Jadi saya berfikir , ke manakah perlu dicurahkan ‘bakatku’ membebel ini ? Maklumlah , dah bersara , tiada murid sekolah untuk dibebel lagi . Hehe. Jadi saya ingin terus melakukan sesuatu yang saya rasa betul untuk saya dan orang lain, terutama untuk Element5 yg saya ingat selalu ni. Keputusannya, saya nak bebel kat sini! Haha. Jangan marah ya. Yang anda boleh buat cuma baca je. Suka tak suka tetap kena baca. Haha.

Saya harap kawan-kawan yang lain pun fikir macam tu. Kita selalu ada sesuatu nak diceritakan tetapi kadang-kadang ia tak sesuai diberitahu pada waktu dan suasana tertentu. So akhirnya , terpendam dan terlupa begitu sahaja. Lain halnya dengan di sini, tulis saja, lambat laun orang akan baca jugak. Haha.


" Teens, as they grow up they learn and know something new, but nobody bother to ask. So I think it is great if the ‘story that nobody bother to ask’ is told here. At last somebody will read it and know something new, right?"


Act, saya terfikir tentang Mohd Noor yang cerita pasal computer , Faez yang cerita tentang resepi kek coklat yang sedap dan Hazira yang beritahu pasal rabun dan kesannya . Kalau semua orang bagi sekurang-kurangnya satu cerita , walaupun pendek, mesti kita akan ada at least sekurang-kurangnya 134 entry ( betul ke ini jumlah batch kita ? ) manfaatnye jangan cerita lah , mesti banyak.

Contoh lain macam :

Razin (cara baiki motor), 
Atiqah (mari buat kuih untuk dijual), 
Shahera (Mari menjahit), 
Halysa (aku bawak kete), 
Ainur (jom shoot!), 
Adlin (aku dan earphone), 
dan lain-lain lah . Takkan nak bagitahu semua , kan kan kan ?


Jadi kalau ada cerita, silalah tulis demi kebaikan kita bersama .
Hurm , next time saya terfikir nak tulis tentang

ELEMENT 5, OUR JOURNEY BEGINS HERE. 


Hehe, Jadi sila nantikan ya ? #’saya’ lah sangat. Mesti meluat kan? Tak apa , akan datang tukar jadi ' aku ' . HAHA , okay assalamualaikum .




: Aflah

Sahabat


Tak semua bunga 
boleh mempersembahkan cinta,
tapi ROS boleh;

Tak semua pokok 
boleh tahan panas,
tapi KAKTUS boleh;

Tak semua sahabat
boleh berkekalan,
tapi ELEMENT5 insyaAllah BOLEH! :)

Semoga persahabatan yang dimulakan
dengan Bismillah diakhiri dengan Inalillah,
bukannya '' PUTUS KAWAN ! ''
bukannya '' BERAMBUS KAU DARI HIDUP AKU ! ''
bukannya '' BILA MASA KAU JADI KAWAN AKU ? ''

Terima kasih kawan,
Terima kasih rakan,
Terima kasih teman,
Terima kasih sahabat
atas persahabatan kita ini. 

By: Hifni


Majlis Graduasi Element5


Assalamualaikum~

28 April 2012 , berlansungnya Majlis Graduasi buat pertama kalinya SM Sains Johor anjurkan.  Walaupun  majlis diadakan untuk pertama kali , tak banyak masalah yang dihadapi even cikgu-cikgu kelihatan sedikit kelam kabut , tapi secara keseluruhannya , ianya tetap dikenang sebagai majlis yang indah. Dan paling penting, Element5 dapat berkumpul sebelum semua mengambil haluan masing - masing. 

Tentatif program :



9.00 pagi Taklimat penerima sijil anugerah
Ibu bapa dan tetamu mengambil tempat
10.00 pagi Ketibaan VVIP
Persembahan Gamelan
Persembahan multimedia
Persembahan 1
Bacaan doa
Ucapan Pengetua
Ucapan VVIP
Persembahan 2
Penyampaian Anugerah Panitia dan Kelas Terbaik oleh YDP PIBG
Penyampaian Sijil Graduasi
Penyampaian Penerima Anugerah Perdana
Bergambar bersama pelajar Perfect Score
Persembahan 3
Jamuan
1.00 petang Bersurai


lokasi majlis

sijil graduasi

duit sumbangan PIBG untuk perfect scorers.
WOAH! :)

Mohamad Aflah Lokeman (Penerima Anugerah Perdana SMSJ)

Nur Shahera Yahya (Penerima Anugerah Perdana PIBG)
#sibuk main phone lak -.-'

Fitri Anuar (Penerima Anugerah Perdana SAJOHA)
#Maaf takde gambar yang jelas. :)


 MORE pictures :



















thanks ELEMENTERS coz meriahkan majlis :)
thanks SMSJ coz buad HARI GRADUASI utk ELEMENT 5 :)
thanks all yg terlibat pada hari tuh :D


#Enjoy the very last moment of Element5 (Tn Hj Idris panggil ElemenLima.HAHA). sorry lambat post pasal hari grad ni. ada few probs. by the time, sume Element5 dah tau dapat masuk U apa . So all the BEST y'all. :')


Assalamualaikum .

Monday 7 May 2012

Gathering Element #01

Assalamualaikum .


Buat pertama kalinya , pada 04 , 05 dan 06 Mei 2012 , program Gathering Element diadakan . Program ini diadakan di Pelangi Balau Resort , Tg Balau , Kota Tinggi , Johor .


Berikut merupakan tentatif program :



4 Mei 2012 


1500 :   Berkumpul // Check in
1700 :   Aktviti bebas
2000:   Makan malam 
                Aktiviti bebas


5 Mei 2012


0800 :   Sarapan
1000 :   Pembahagian kumpulan 
                 Treasure Hunt // Explorace - " Mysterious Island "
                 Water Polo
1300 :   Rehat // Solat Zuhur // Makan tengah hari 
1430 :   Bola tampar pantai
1700 :   Persiapan BBQ 
2100 :  BBQ // Grand dinner 
                Penyampaian hadiah 
                Persembahan : " Loser Group "
#Kumpulan yang kalah dalam pengiraan markah perlu membuat persembahan berupa sketsa kekeluargaan .


0000 :   Aktiviti bebas


6 Mei 2012


0800 :   Sarapan
0900 :   Aktiviti bebas
1200 :   Balik .




04 MEI 

CHECK IN 






05 MEI 

TREASURE HUNT " MYSTERIOUS ISLAND "

































WATER POLO












































BOLA TAMPAR PANTAI






















BBQ DINNER // PENYAMPAIAN HADIAH // BERGAMBAR
















































06 MEI

PANTAI DESARU























Alhamdulillah , segalanya berjalan seperti dirancang . Mungkin suatu hari nanti , akan ada lagi program gathering kali kedua diadakan . Insya'Allah . Akhir kata , semoga ikatan persahabatan warga Element akan terus berkekalan sehingga akhir hayat .


Assalamualaikum .