Wednesday 15 May 2013

Melayu

Dah lama blog ni menyepi. Hari ni dapat juga idea nk tulis apa.

MELAYU

Ya. Admin nak cakap pasal 'kita'.

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Itulah yang saya dapat lihat dalam Melayu. Lemah, tak bermaya, kecil tapi apabila ditegur, mulalah dia melatah. Itulah Melayu dalam mata saya. Macam mana nak maju kalau macam ni keadaannya? Bila dibiar, lemah. Bila ditegur, melatah. Bila dibelai, manja. Bila diarah, melawan. Itulah Melayu.

Melayu, wahai Melayu, bangkitlah demi bangsamu. Lihatlah apa yang sedang berlaku dalam bangsamu ini. Ada yang murtad, masuk Kristian. Ada yang minum arak, mabuk hingga lupa anak bini. Ada yang menagih dadah, sebarkan penyakit HIV-Aids. Ada yang bermain kasih, lahir anak luar nikah. Inikah Melayu?

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia
kalau kewujudan tak dirasa

Sedarlah Melayu. Tanah ini dulunya Tanah Melayu, sekarang ditukar nama kepada Malaysia. Itu bukan isunya kerana kita masih lagi Bumiputera di tanah ini. Jika kita punya kehadiran tidak dirasai di tanah sendiri, macam mana hendak hidup di muka bumi? Perjuangkanlah hak kamu, jangan dibiarkan tanah yang kaya ini gugur ke tangan orang lain. Hilang tanah ini, bagaimana kita hendak kuat? Sedarlah Melayu.

Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju

Renungkanlah sebentar wahai Melayu. Ketika di sekolah, bila guru minta salah seorang jawab, siapa yang bangkit untuk menjawab? Melayu? Oh tidak. Sedih, amat sedih. Jika adapun Melayu yang berdiri untuk menjawab, rakan-rakan Melayu sendirilah yang akan mengatakan "Nak tunjuk bagus konon." Bila diberi peluang membuat sesuatu yang baru, belajar sesuatu yang baru tapi penuh dengan risiko, Melayu akan lepaskan peluang itu kerana takut akan kegagalan. Melayu lebih memikirkan kegagalan yang sementara berbanding kejayaan yang bertahun lamanya. Inilah Melayu.

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai

Aku seru kamu wahai Melayu! Bangkitlah! Bangunlah! Sedarlah! Bersatulah kalian memperjuangkan hak bangsa. Sudah bertahun, berdekad, berkurun kita di sini. Janganlah berpecah. Belajarlah mengambil risiko. Dengarlah kritikan. Terimalah nasihat. Aku tidak ingin timbulkan perkauman kerana maksud aku bersatu ialah Melayu bersatu membangun diiringi atau mungkin seiringan bangsa-bangsa lain. Bersatulah demi Malaysia. Kita berada di landasan tepat untuk mencapai Wawasan 2020 tapi perjuangan kita belum selesai dan tidak akan selesai. Bangun, bangun dan terus bangun. Jangan lagi kamu layu wahai Melayu. Mekarlah.

3 comments:

  1. MELAYU MUDAH LUPA...PERJUANGAN BELUM SELESAI-TUN DR.MAHATHIR

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Leave your comments if you want . Thank you .