Wednesday 9 May 2012

Jom Tulis


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Hai semua !

Saya tiada apa nak dibuat , maklumlah dah habis sekolah dan kerja pula menanam anggur di rumah , pastilah bosan. Haha.

Jadi saya berfikir , ke manakah perlu dicurahkan ‘bakatku’ membebel ini ? Maklumlah , dah bersara , tiada murid sekolah untuk dibebel lagi . Hehe. Jadi saya ingin terus melakukan sesuatu yang saya rasa betul untuk saya dan orang lain, terutama untuk Element5 yg saya ingat selalu ni. Keputusannya, saya nak bebel kat sini! Haha. Jangan marah ya. Yang anda boleh buat cuma baca je. Suka tak suka tetap kena baca. Haha.

Saya harap kawan-kawan yang lain pun fikir macam tu. Kita selalu ada sesuatu nak diceritakan tetapi kadang-kadang ia tak sesuai diberitahu pada waktu dan suasana tertentu. So akhirnya , terpendam dan terlupa begitu sahaja. Lain halnya dengan di sini, tulis saja, lambat laun orang akan baca jugak. Haha.


" Teens, as they grow up they learn and know something new, but nobody bother to ask. So I think it is great if the ‘story that nobody bother to ask’ is told here. At last somebody will read it and know something new, right?"


Act, saya terfikir tentang Mohd Noor yang cerita pasal computer , Faez yang cerita tentang resepi kek coklat yang sedap dan Hazira yang beritahu pasal rabun dan kesannya . Kalau semua orang bagi sekurang-kurangnya satu cerita , walaupun pendek, mesti kita akan ada at least sekurang-kurangnya 134 entry ( betul ke ini jumlah batch kita ? ) manfaatnye jangan cerita lah , mesti banyak.

Contoh lain macam :

Razin (cara baiki motor), 
Atiqah (mari buat kuih untuk dijual), 
Shahera (Mari menjahit), 
Halysa (aku bawak kete), 
Ainur (jom shoot!), 
Adlin (aku dan earphone), 
dan lain-lain lah . Takkan nak bagitahu semua , kan kan kan ?


Jadi kalau ada cerita, silalah tulis demi kebaikan kita bersama .
Hurm , next time saya terfikir nak tulis tentang

ELEMENT 5, OUR JOURNEY BEGINS HERE. 


Hehe, Jadi sila nantikan ya ? #’saya’ lah sangat. Mesti meluat kan? Tak apa , akan datang tukar jadi ' aku ' . HAHA , okay assalamualaikum .




: Aflah

No comments:

Post a Comment

Leave your comments if you want . Thank you .